Pada 12 November 2022 telah diadakan Al Baghdadi Playtime Centre Sports Day di Dewan Serbaguna Taman Mawar. Program ini melibatkan 260 pelajar daripada 4 centre APC iaitu APC Kota Masai, APC Pelangi Indah, APC Taman Scientex dan APC Bandar Seri Alam.

 

photo 6305580756323381936 x    photo 6305580756323381858 x

photo 6305580756323381960 x

Pada 18 Oktober 2022 sehingga 21 Oktober 2022 yang lalu, Akademi Pendidikan Awal Kanak-kanak Al Baghdadi (PAKA) telah berkunjung ke beberapa cawangan Al Baghdadi Playtime Center (APC) di selatan Malaysia. Antara APC yang telah dilawati ialah APC Ampangan, APC Sendayan, APC Seremban 2, APC Merlimau, APC Telok Mas, APC MITC, APC Furqan, APC Batu Berendam, APC Durian Tunggal, APC Masjid Tanah, APC Batu Kikir, APC Batu Pahat, APC Tongkang Pechah, APC Pagoh Jaya, APC Sg. Abong, APC Muar, APC Tangkak dan APC Senggarang. Objektif program ini adalah untuk sesi berkenalan antara pihak Akademi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKA) dengan Pengusaha APC, membuat lawatan tapak centre APC, menerangkan tentang penggunaan Modul APC baru yang akan digunakan pakai bermula 2023 serta menerangkan dan menyelesaikan permasalahan tentang penggunaan sistem jom apc yang akan diguna pakai sepenuhnya untuk tahun 2023.

 

 311882054 120245544173706 6692409396947884801 n 

 

312293499 119783547553239 1814389233848273911 n

 

312356018 120242380840689 5556234650592630026 n

Pada 27 Septermber 2022 sehingga 30 September 2022 yang lalu, Akademi Pendidikan Awal Kanak-kanak Al Baghdadi (PAKA) telah berkunjung ke beberapa cawangan Al Baghdadi Playtime Center (APC) di utara Malaysia. Antara APC yang telah dilawati ialah APC Tambun, APC Meru, APC Bandar Sri Astana, APC Bandar Laguna Merbok, APC Bayan Baru dan APC Datuk Kumbar. Objektif program ini adalah untuk sesi berkenalan antara pihak Akademi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKA) dengan Pengusaha APC, membuat lawatan tapak centre APC, menerangkan tentang penggunaan Modul APC baru yang akan digunakan pakai bermula 2023 serta menerangkan dan menyelesaikan permasalahan tentang penggunaan sistem jom apc yang akan diguna pakai sepenuhnya untuk tahun 2023.

 

 

 DSC4892 1 DSC5109

Buat julung kalinya Akademi Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diterajui oleh Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak iaitu Prof. Dr Mahani Razali bakal menganjurkan Kursus Persijilan Pendidikan Awal Kanak-Kanak secara online bermula pada 17 September ini. Modul program ini disusun sendiri oleh Prof Dr Mahani berdasarkan keperluan semasa dan juga pengalaman beliau yang sangat luas di dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak . Beliau merupakan bekas seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak.

Al Baghdadi bakal menganjurkan satu majlis perhimpunan besar para pengusaha dan guru-guru APC dari seluruh pelusuk Malaysia pada 31 Ogos 2022 ini. Setiap tahun Al Baghdadi menganjurkan Bengkel Tahunan Guru APC namun kali ini, perhimpunan yang berskala besar ini bakal menghimpunkan sekitar 400 orang peserta di Movenpick Convensyen Centre di KLIA Sepang.