Pentaksiran Sahsiah

Image

Pentaksiran Sahsiah

Membangun sahsiah murid secara digital

Apa Itu Pentaksiran Sahsiah?

Pentaksiran sahsiah secara digital diwujudkan bagi membentuk serta memupuk nilai sahsiah yang tinggi dalam kalangan anak-anak Apc. Guru-guru dan ibu bapa boleh memberikan markah bagi setiap nilai positif yang dilakukan oleh anak-anak Apc samada dirumah mahupun di tadika dengan mudah iaitu melalui aplikasi Qr Junior yang boleh di download di Google Play Store atau Apple App store.

Aplikasi ini dibangunkan khas untuk menilai serta memantau tahap sahsiah anak-anak Apc. Sebagai contoh, sekiranya adik Damia (bukan nama sebenar, pelajar Apc) membaca doa sebelum makan dan menjaga adab dengan guru, guru Apc akan memberikan markah melalui apps Qr Junior dan ibu bapa Damia akan dapat melihat laporan markah serta aktiviti anaknya setiap hari hanya melalui apps sahaja. Situasi ini dapat menggalakkan anak-anak Apc untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan dan akhirnya mereka akan terbiasa untuk melakukan kebaikan setiap hari tanpa apa-apa paksaan. Di samping itu, ibu bapa juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak mereka di tadika setiap hari. Malahan, ibu bapa juga boleh memberikan markah melalui aplikasi tersebut sekiranya anak-anak melakukan apa-apa kebaikan di rumah.

In Shaa Allah, dengan wujudkan aplikasi ini, apc dapat melahirkan anak-anak yang bukan sahaja bijak dari segi akademik dan boleh membaca Al Quran malah mempunyai nilai sahsiah yang tinggi.

Sahsiah Unggul
Sahsiah Unggul

Mampu membangunkan sahsiah murid yang unggul seawal usia 4-6 tahun

Sistem Merit
Sistem Merit

menggalakkan setiap murid sentiasa melakukan kebaikan dan berlumba-lumba berbuat baik.

Image
Image
Image
Image

Ingin mendaftarkan anak atau ingin berhubung dengan kami boleh berhubung melalui email ke admin@jomapc.com atau klik Ikon Admin di bawah

Chat with us on WhatsApp
Close and go back to page
No Internet Connection